Sunday, October 14, 2012

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN


Asal usul sukan ping pong bermula sekitar tahun 1890-an sebagai satu permainan
dalam rumah dan menjadi popular di seluruh negara. Sambutan hangat
terhadapnya bagaimanapun tidak bertahan lama.
Permainan Tenis Meja sebenarnya sejenis
permainan papan & dadu (board & dice),
oleh J.H.Singer dari New York, c.1884

1890, David Foster dari England
memperkenalkan sukan tenis meja


1891 GOSSIMA diperkenalkan
oleh John Jaques


Peralatan sukan ping pong dalam kotak
mulai 1920-an



Ia menjadi popular dalam tahun 1920-an, dan kelab-kelab ditubuhkan di seluruh
dunia. Nama ‘Ping Pong’ kemudiannya menjadi tanda niaga yang didaftarkan
sebagai hak cipta Parker Brothers. Oleh kerana itu, nama permainan ini ditukar
kepada tenis meja. Persekutuan Tenis Meja Antarabangsa (International Table
Tennis Federation - ITTF) ditubuhkan pada tahun 1926.
Pada penghujung abad ke-19, sukan tenis merupakan sukan yang popular di
kalangan kelas elit. Pada masa itu, mahasiswa-mahasiswa Britain mendapat ilham
daripada sukan tenis. Mereka meletakkan buku-buku di tengah meja sebagai jaring
dan menggunakan raket kosong yang disaluti velum dan bola yang diperbuat
daripada getah dan kayu lembut sebagai peralatan.


Istilah ‘ping pong’ diambil bersempena dengan bunyi ‘ping’ yang dihasilkan apabila
bertembung dengan raket, dan ‘pong’ apabila bola melantun di atas meja.
Di negara kita, persatuan ping pong ditubuhkan pada tahun 1952 dan persatuan
ini didaftarkan secara rasminya pada tahun 1958 sebagai Persatuan Ping Pong
Malaya. Pada tahun 1964, Persatuan Ping Pong Malaysia (TTAM) pula ditubuhkan.
Perkembangan ping pong di negara kita bertambah pesat. Persatuan ini
telah melaksanakan banyak kegiatan di dalam negara mahupun di peringkat
antarabangsa. Pada masa sekarang, ping pong merupakan sukan kegemaran
pelbagai kaum di negara kita. Kini, ramai rakyat Malaysia telah menjadikannya
sebagai sukan rekreasi kegemaran mereka.
Kini, di peringkat Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa kedudukan sukan
ini semakin kukuh dan ia terus berkembang dari setahun ke setahun. Kemuncak
daripada perkembangan ini ialah pengiktirafan yang diberi kepada sukan ini
sebagai salah satu acara Sukan Olimpik di mana acara perseorangan dan beregu
mula dipertandingkan buat kali pertamanya dalam Sukan Olimpik di Seoul, Korea
pada tahun 1988.
Kini, sukan ping pong merupakan sukan ke-2 popular di dunia dan dimainkan oleh
semua lapisan masyarakat dunia.


No comments:

Post a Comment