Monday, October 15, 2012

PUKULAN (BACKHAND)


A. Kemahiran Asas

• Bersedia dengan kaki dan bahu dalam posisi yang sama.
• Bengkok lutut dan hala badan ke hadapan.
• Raket menghala ke belakang pada paras pinggang.
• Bila memukul bola, raket menghala ke hadapan.




PERKEMBANGAN KEMAHIRAN


Pendahuluan

Dalam menguasai sukan Ping Pong, penguasaan kemahiran asas adalah penting.
Kemahiran asas dalam sukan Ping Pong terbahagi kepada lima bahagian:
• Kawalan raket dan Penyesuaian lantunan bola
• Kedudukan bersedia (Cara Berdiri)
• Servis
• Pukulan Forehand
• Pukulan Backhand
Untuk menggalakkan anak-anak murid kita mengemari sukan ping pong melalui
pelbagai permainan kecil diperkenalkan berasaskan kemahiran asas.


Kemahiran memegang raket

i. Cara pegangan pen (Penhold Grip)
• ibu jari dan jari telunjuk mengepit pemegang raket
• jari yang lain direhatkan dengan bengkok dan rapat atau jarakkan di
belakang raket


ii. Cara pegangan shake hand
• memegang pemegang raket dalam tapak tangan
• ibu jari dan jari telunjuk diletakkan disebelah yang bertentangan
• jari yang lain mengelilingi bahagian pemegang raket




B. Kedudukan berdiri dan bersedia (stance)

• Jarakkan kaki dan berdiri mengkangkang lebih luas daripada bahu.
• Kaki kiri bertapak di depan sedikit dari kaki kanan (pemain tangan kanan).
• Kaki kanan bertapak di depan sedikit dari kaki kiri (pemain tangan kidal.)
• Lutut bengkok sedikit dan “torso” congdong ke hadapan supaya pusat graviti rendah bertujuan kawalan imbangan.












CONTOH SATU SESI LATIHAN


Permainan : Ping Pong
Tarikh :
Masa : 4.00 pm – 5.00 pm (60 minit)
Aktiviti : Pukulan Forehand ke Sasaran
Kemahiran : Pukulan Forehand
Alatan : Sekurang-kurang 3 raket ping pong, sekurang-kurang 30 biji bola
ping pong, meja ping pong / meja tulis / 12 buah meja murid yang
disusun rapat (3x4), jaring ping pong / buku-buku disusun / papan /
bakul / kotak kecil / lain-lain bahan yang sesuai



PERSEDIAAN & PERANCANGAN





PENGELOLAAN KEJOHANAN / SISTEM PERTANDINGAN


i. Pertandingan Kalah Mati

Pertandingan cara ini paling mudah dan ringkas dikelolakan. Pemenang
akan terus bertanding manakala yang kalah akan tersingkir. Sistem ini sangat
sesuai dalam mengelolakan pertandingan yang terdapat banyak penyertaan
tetapi kekurangan masa, sumber kewangan, tempat, kemudahan, peralatan
dan sumber manusia. Sistem ini bukan cara yang terbaik untuk mengukur
keupayaan sesuatu pasukan atau peserta.

a. Kelebihan
• Boleh dijalankan dalam masa yang singkat;
• Cepat memilih pemenang;
• Boleh dijalankan dengan peralatan yang terhad;
• Seronok untuk ditonton; dan
• Penyertaan ramai.

b. Kelemahan
• Pasukan yang menjadi johan, boleh jadi bukan yang benar-benar
terbaik;
• Separuh daripada pasukan akan terkeluar selepas pusingan pertama;
dan
• Kemungkinan ada di antara pemain dari pasukan yang kalah langsung
tiada peluang bermain


Cara mengira bilangan pasukan atau peserta menunggu (bye). Bilangan
menunggu (bye) dalam sistem pertandingan ini boleh dikira dengan
menggunakan angka ganda dua iaitu angka 2, 4, 8, 16, 32 dan seterusnya.
Contoh 7 pasukan yang bertanding. Angka yang lebih dari
7 ialah 8. Maka 8 tolak 7 ialah 1. Keadaan ini bermakna ada 1
pasukan menunggu (bye). Carta untuk sistem kalah mati ialah seperti berikut:

ii. Pertandingan Liga

Merupakan satu-satunya pertandingan yang sesuai dijalankan sekiranya
pertandingan itu bertujuan memilih pasukan yang terbaik. Perkara-pekara
yang perlu diambil perhatian:
• Masa yang mencukupi;
• Kewangan yang ada;
• Bilangan pengadil; dan
• Kemudahan dan peralatan yang ada.
Pertandingan boleh dijalankan dalam
• Liga satu pusingan; dan
• Liga berkumpulan;




Sunday, October 14, 2012

PERALATAN DAN PAKAIAN




i. Bola
• Bola 40 mm, berwarna putih digunakan dalam pertandingan atau oren boleh digunakan dalam
permainan.



ii. Raket
• Boleh sebarang saiz, bentuk atau berat.
• Raket mesti dilapik getah pada permukaan yang digunakan untuk
memukul bola.
• Permukaan raket yang tidak dilapik getah tidak boleh digunakan untuk
memukul bola.
• Permukaan raket yang tidak digunakan mestilah berwarna hitam atau
merah, bergantung kepada warna getah di permukaan sebelahnya.
• Kedua-dua permukaan raket mestilah berlainan warna, merah pada satu
permukaan dan hitam pada permukaan keduanya.



iii. Getah
• Pemukaan getah hendaklah rata dan tidak boleh berlubang ataupun
kembung.
• Getah yang digunakan mesti mempunyai logo ITTF (Persekutuan Ping
Pong Antarabangsa).


iv. Pakaian
• Pemain tidak boleh berpakaian yang sama warnanya dengan warna bola.
• Baju pemain digalakkan dimasukkan ke dalam seluar.
• Pemain beregu mesti berpakaian seragam.



UKURAN STANDARD (ittf)



i. Meja Ping Pong
• Permukaan meja hendaklah berbentuk segiempat tepat berukuran
panjang 274 cm, lebar 152.5 cm dan tinggi permukaan permainannya 76
cm dari aras lantai.
• Permukaan meja permainan tidak termasuk bahagian tepi menegak tebal
meja.
• Untuk acara beregu, setiap kawasan dibahagikan kepada 2 separuh
kawasan yang sama oleh satu garisan tengah putih selebar 3 mm,
kedudukannya adalah selari dengan garisan tepi, garisan tengah
dianggap sebagai sebahagian dari setiap separuh kawasan kanan.


ii. Jaring
• Ketinggian jaring ialah 15.25 cm dari permukaan meja dan tiang jaring
15.25 cm tinggi. Sebelah luar tiang hendaklah 15.25 cm dari garisan sisi
meja.


iii. Kawasan Permainan
• Kawasan permainan mesti berbentuk segiempat tepat.Panjangnya tidak
kurang daripada 14 meter, lebar 7 meter, tinggi 5 meter.
• Kawasan permainan boleh dikelilingi dengan ‘surround’ yang tinggi tidak
melebihi 1.5 meter.


PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN


i. Satu Permainan (A Game)
• Satu permainan ping pong dipertandingkan dengan menggunakan
sistem mata 11.
• Setelah 2 mata, pemain atau pasangan pemain yang menerima servis
akan bertukar menjadi pemain atau pasangan pemain membuat servis
dan seterusnya sehingga tamat permainan.
• Setiap permainan akan dimenangi oleh pemain atau pasangan pemain
yang mula-mula mendapat 11 mata, atau
• Jika kedua-dua pemain atau pasangan pemain mendapat 10 mata
(disebut “deuce”) di mana permainan akan dimenangi oleh pemenang
yang mula-mula mendapat 2 mata yang mendahului pihak lawannya,
contoh: 12-10, 15-13. (di mana susunan menservis dan menerima servis
hendaklah sama tetapi setiap pemain hendaklah membuat servis untuk
1 mata bergilir-gilir).
• Pertukaran tempat dilakukan selepas tamat satu permainan. Pemain yang
mula menerima servis dalam permainan pertama akan memulakan servis
dalam permainan kedua.


ii. Satu Perlawanan (A Match)
• Sesuatu perlawanan hendaklah ditentukan dengan kemenangan
daripada sebarang nombor ganjil permainan yang biasanya 3, 5 atau 7
permainan.

iii. Permulaan Satu Permainan (Start a game)
• Sebelum mula bertanding dalam sesuatu permainan, dikehendaki
membuat undian (toss a coin) untuk menentukan pemain yang mana satu
akan memulakan servis.
• Terdapat tiga pilihan bagi pemenang undian:
a) hak memilih untuk memulakan servis atau
b) membenarkan pihak lawannya memulakankan servis atau
c) membuat pemilihan tempat
• Jika pemenang undian membuat pemilihan tempat, pihak lawannya ada
pilihan sama ada hendak memulakan servis atau memilih pihak lawannya
memulakan servis dahulu.
• Jika pemenang undian memilih untuk memulakan servis, pihak
lawannya hanya terdapat membuat pemilihan tempat untuk
memulakan permainan.

iv. Servis Asas Sukan Ping Pong
• Penservis wajib berdiri di belakang hujung meja ping pong.
• Bola diletakkan di atas tapak tangan yang terbuka di atas permukaan
permainan meja dan melambungkan bola itu menegak ke atas dan
pastikan lambungan itu adalah di atas permukaan meja dan di belakang
hujung meja.
• Semasa bola itu menurun, pemain perlu memukul bola itu dengan raket
dan pastikan bola melantun di atas bahagian meja sendiri sebelum
melepasi ke bahagian atas meja lawan.
• Jika bola servis itu menyentuh jaring dan masih dilantun di atas meja
lawan, “Let” akan dipanggil dan servis perlu diulangkan semula.
• Jika bola servis itu menyentuh jaring dan bola itu tidak dilantun di atas meja lawan, maka penservis akan hilang satu mata



v. Satu Mata
• Seseorang pemain akan kehilangan satu mata kecuali apabila ‘rally’ itu
adalah satu “let”.
• Jika gagal membuat servis yang baik.
• Jika memukul bola itu dua kali berturut-turut.
• Jika pemain atau apa-apa yang dipakai atau dibawanya tersentuh bola.
• Jika menggerakkan permukaan meja semasa bola itu dalam permainan.
• Jika tangan bebasnya menyentuh permukaan permainan semasa bola itu
dalam permainan.
• Jika berkelakuan buruk walaupun selepas diberi amaran oleh umpire
pengadil.


SEJARAH DAN PERKEMBANGAN


Asal usul sukan ping pong bermula sekitar tahun 1890-an sebagai satu permainan
dalam rumah dan menjadi popular di seluruh negara. Sambutan hangat
terhadapnya bagaimanapun tidak bertahan lama.
Permainan Tenis Meja sebenarnya sejenis
permainan papan & dadu (board & dice),
oleh J.H.Singer dari New York, c.1884

1890, David Foster dari England
memperkenalkan sukan tenis meja


1891 GOSSIMA diperkenalkan
oleh John Jaques


Peralatan sukan ping pong dalam kotak
mulai 1920-an



Ia menjadi popular dalam tahun 1920-an, dan kelab-kelab ditubuhkan di seluruh
dunia. Nama ‘Ping Pong’ kemudiannya menjadi tanda niaga yang didaftarkan
sebagai hak cipta Parker Brothers. Oleh kerana itu, nama permainan ini ditukar
kepada tenis meja. Persekutuan Tenis Meja Antarabangsa (International Table
Tennis Federation - ITTF) ditubuhkan pada tahun 1926.
Pada penghujung abad ke-19, sukan tenis merupakan sukan yang popular di
kalangan kelas elit. Pada masa itu, mahasiswa-mahasiswa Britain mendapat ilham
daripada sukan tenis. Mereka meletakkan buku-buku di tengah meja sebagai jaring
dan menggunakan raket kosong yang disaluti velum dan bola yang diperbuat
daripada getah dan kayu lembut sebagai peralatan.


Istilah ‘ping pong’ diambil bersempena dengan bunyi ‘ping’ yang dihasilkan apabila
bertembung dengan raket, dan ‘pong’ apabila bola melantun di atas meja.
Di negara kita, persatuan ping pong ditubuhkan pada tahun 1952 dan persatuan
ini didaftarkan secara rasminya pada tahun 1958 sebagai Persatuan Ping Pong
Malaya. Pada tahun 1964, Persatuan Ping Pong Malaysia (TTAM) pula ditubuhkan.
Perkembangan ping pong di negara kita bertambah pesat. Persatuan ini
telah melaksanakan banyak kegiatan di dalam negara mahupun di peringkat
antarabangsa. Pada masa sekarang, ping pong merupakan sukan kegemaran
pelbagai kaum di negara kita. Kini, ramai rakyat Malaysia telah menjadikannya
sebagai sukan rekreasi kegemaran mereka.
Kini, di peringkat Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa kedudukan sukan
ini semakin kukuh dan ia terus berkembang dari setahun ke setahun. Kemuncak
daripada perkembangan ini ialah pengiktirafan yang diberi kepada sukan ini
sebagai salah satu acara Sukan Olimpik di mana acara perseorangan dan beregu
mula dipertandingkan buat kali pertamanya dalam Sukan Olimpik di Seoul, Korea
pada tahun 1988.
Kini, sukan ping pong merupakan sukan ke-2 popular di dunia dan dimainkan oleh
semua lapisan masyarakat dunia.


BIDANG TUGAS JAWATANKUASA KELAB


i. Pengerusi

• mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas
kesempurnaan semua mesyuarat;
• meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang
diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya; dan
• menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
semasa ke semasa.

ii. Naib Pengerusi
• membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab
yang diberi;
• mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi; dan
• menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
semasa ke semasa.

iii. Setiausaha
• mengurus hal-hal surat menyurat;
• mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan
kegiatan;
• mencatat kehadiran ahli;
• menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan; dan
• menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
semasa ke semasa.


iv. Penolong Setiausaha ( jika ada )
• membantu Setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan
tanggungjawabnya; dan
• menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
semasa ke semasa.

v. Bendahari 
• bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan kelab;
• melakukan dan menyimpan kira-kira kewangan dan bertanggungjawab
atas kesahihannya;
• menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta
menandatanganinya;
• melaporkan kedudukan kewangan kelab di dalam mesyuarat ahli
Jawatankuasa;
• menyediakan Laporan Kewangan untuk diaudit dan dibentangkan dalam
Mesyuarat Agung; dan
• menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
semasa ke semasa.

vi. Penolong Bendahari( jika ada )
• membantu Bendahari dalam menjalankan segala tugas dan
tanggungjawabnya; dan
• menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
semasa ke semasa.

vii. Ahli Jawatankuasa
• membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang
dilaksanakan;
• mempengerusikan biro sekiranya dilantik; dan
• menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
semasa ke semasa.

viii. Pemeriksa Kira-Kira
• memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan Tahunan
dan
• bertanggungjawab ke atasnya; dan
• memastikan pengurusan kewangan diurus dengan betul.
Dalam mengendalikan kelab sukan, guru penasihat perlulah menyelaras dan
memantau perkembangan jawatankuasa semasa merancang dan menjalankan
aktiviti yang telah ditetapkan. Guru penasihat perlulah memberi maklumat dan
dorongan kepada jawatankuasa kelab agar aktiviti yang dirancang dapat berjalan
dengan baik bagi memberikan keseronokan kepada ahli-ahli kelab. Bidang kerja
yang diberikan merupakan cadangan pecahan bidang tugas jawatankuasa kelab
sukan yang bakal dibentuk nanti

Thursday, October 11, 2012

PENGURUSAN KELAB SUKAN


PENGENALAN
Pengurusan Kelab Sukan melibatkan empat proses utama iaitu merancang,
mengelola, memimpin dan mengawal


FUNGSI PENGURUSAN DALAM SUKAN
Merancang – melibatkan proses menentukan objektif kelab sukan dan cara
untuk mencapai objektifnya.
Mengelola – merujuk kepada proses mengagihkan serta mengkoordinasikan
tugas serta sumber untuk mencapai sesuatu objektif kelab
sukan.
Memimpin – proses mempengaruhi murid atau orang bawahan untuk
bekerja dalam mencapai matlamat kelab sukan.
Mengawal – proses membentuk dan mengimplimentasikan mekanisme
penilaian kerja bagi memastikan objektif kelab sukan yang
dirancang akan tercapai


2.2 PENUBUHAN KELAB
Dalam menubuhkan sesebuah persatuan di sekolah, pihak sekolah perlulah
mengenal pasti beberapa kriteria yang perlu diambil perhatian terlebih dahulu.
Antara kriteria tersebut adalah seperti yang berikut :

i. Mengenal pasti kepakaran yang ada (guru yang bakal dilantik)
Dalam memilih dan melantik guru penasihat kelab sukan sekolah, pihak
pengurusan perlulah mengambil kira aspek-aspek kepakara sedia ada
daripada guru-guru itu sendiri. Kepakaran ini merujuk kepada penglibatan
guru tersebut dari bangku sekolah lagi, di Institut Pendidikan Guru (IPG)
atau di Universiti. Sememangnya bukan semua guru mempunyai
pengalaman yang luas dalam bidang sukan, namun sekurang-kurangnya
pengalaman sejak dari bangku sekolah juga boleh dijadikan asas kepada
pertimbangan bagi pelantikan seorang guru itu sebagai guru penasihat
sesebuah kelab sukan sekolah.

ii. Kemudahan prasarana sukan yang ada di sekolah
Prasarana merupakan satu elemen yang mempengaruhi pelaksanaan
program sukan di sekolah. Sekolah yang mempunyai padang akan
mempunyai kelebihan yang banyak dalam menyusun atur program sukan
khususnya sukan-sukan yang sering menjadi amalan di sekolah tersebut.
Bagi sekolah yang mempunyai gelanggang, perlu bijak menyusun programprogram
sukan yang berasaskan gelanggang manakala sekolah yang
mempunyai dewan tertutup pula mempunyai kelebihan tersendiri dalam
merancang program sukan di sekolah.

iii. Peralatan sukan yang sedia ada di sekolah
Peralatan sukan juga mempengaruhi pelaksanaan program sukan di sekolah-
Pelbagai aspek perlu dilihat secara menyeluruh dalam menyediakan peralatan
sukan di sekolah. Pihak sekolah mungkin boleh mempertimbangkan
aspek bilangan jenis sukan yang akan diwujudkan dalam sekolah, bilangan
murid yang akan menyertai sesuatu jenis sukan dan bilangan guru penasihat
yang boleh menyelenggarakan sesuatu peralatan sukan itu. Sesuatu jenis
peralatan sukan ini juga mungkin akan dipengaruhi oleh harga dan jangka
hayat alatan tersebut.


iv. Budaya sukan kegemaran yang menjadi pilihan murid di sekolah
Pemilihan jenis-jenis sukan untuk kelab sukan di sekolah sangat dipengaruhi
oleh budaya sukan di sekolah berkenaan atau mungkin dipengaruhi oleh
persekitaran masyarakat dalam komuniti tersebut. Pemilihan sukan-sukan
itu perlulah bersesuaian dengan budaya sedia ada bagi memudahkan
penglibatan murid secara menyeluruh.

v. Bilangan guru dan bilangan murid
Bilangan guru dipengaruhi oleh pengalaman guru tesebut sama ada sebagai
seorang ahli sukan mahu pun guru penasihat atau jurulatih. Bilangan guru
dalam satu-satu jenis sukan dipengaruhi oleh bilangan murid yang menyertai
kelab sukan tersebut. Penyertaan murid dalam satu-satu kelab sukan juga
perlu dikawal agar ahli kelab tidak terlalu ramai. Contohnya, kelab sukan
bola sepak dan badminton pasti menjadi pilihan utama murid di Malaysia
Oleh itu, guru penasihat perlu bijak mengagih-agihkan murid sekolah itu
secara menyeluruh.



Saturday, October 6, 2012

MATLAMAT & KONSEP


1.3 MATLAMAT
Dalam jangka masa yang panjang, dasar ini berhasrat untuk melahirkan modal
insan yang sihat dan cergas melalui penyertaan yang menyeluruh dalam kalangan
murid melalui kegiatan sukan sepanjang tahun. Pelaksanaan dasar ini akan
membantu bagi mengatasi masalah disiplin dan mengurangkan masalah obesiti
dalam kalangan murid.
Membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dalam kalangan
murid melalui kegiatan sukan sepanjang tahun serta memupuk budaya bersukan
dalam kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan
gaya hidup sihat dan cergas.

1.4 KONSEP
Dasar 1 Murid 1 Sukan ialah program pembangunan sukan di sekolah yang
mewajibkan setiap murid dari Tahap 2 di sekolah rendah hingga ke Tingkatan 6
di sekolah menengah mengikuti sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan yang
dikendalikan secara terancang dan sistematik. Dasar 1 Murid 1 Sukan berteraskan
prinsip-prinsip asas perkembangan fizikal Murid. Justeru, Dasar 1 Murid 1 Sukan
diwujudkan untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan agar;
i. memberikan akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah daripada
penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang aktif atau
tidak aktif;
ii. membangunkan program sukan sekolah ke arah meningkatkan penyertaan
murid sekurang-kurangnya dalam satu jenis sukan di sekolah;
iii. memberikan peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi
dalam sukan untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi;

PENGENALAN & RASIONAL


1.1 PENGENALAN

Dasar 1 Murid 1 Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurangkurangnya
satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberikan tumpuan ke arah melahirkan
insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara yang memberikan penekanan
kepada Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Matlamat dasar
ini memberikan perhatian yang utama kepada murid yang kurang aktif supaya
mereka melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Pada masa yang sama, bakat murid
yang berpotensi akan digilap dan dibangunkan melalui program Sukan Prestasi
Tinggi Sekolah (SPTS).
Bidang sukan sangat penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal murid
selaras dengan ungkapan minda yang cerdas terletak pada tubuh yang sihat. Dalam
konteks ini, bidang sukan memainkan peranan yang penting bagi melahirkan
insan yang sihat, cergas dan produktif agar dapat memberikan sumbangan kepada
kesejahteraan sosial serta pembangunan ekonomi negara. Justeru, pelbagai aktiviti
sukan diperkenalkan bagi menarik minat murid agar mengamalkan gaya hidup
sihat dan aktif.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan Dasar 1 Murid 1 Sukan agar
setiap murid menikmati manfaat bersukan dengan harapan dapat membentuk
generasi yang membudayakan sukan seiring dengan keperluan akademik.

1.2 RASIONAL
Dasar 1 Murid 1 Sukan mendokong Dasar Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk
Kecemerlangan. Dasar ini menitikberatkan penglibatan semua murid dalam
pelbagai aktiviti sukan. Dasar ini dibentuk atas rasional kegiatan sukan adalah
sebahagian daripada transformasi pendidikan yang diusahakan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM). Sukan seharusnya mendapat pengiktirafan, sokongan
dan galakan yang sama sebagaimana juga yang diberikan kepada keperluan asas
yang lain seperti akademik dan kegiatan kokurikulum supaya dapat melahirkan
murid yang seimbang dari segi kesejahteraan minda dan jasmani.

Dasar ini juga menyumbang kepada penggalakan pertandingan yang sihat,
semangat muhibah, kesefahaman, toleransi dan meningkatkan nilai moral dan
fizikal yang memberikan satu landasan yang betul dalam mengintegrasikan
pelbagai kumpulan etnik kepada satu bangsa yang bersatu padu serta memupuk
semangat cinta akan negara.
Dasar 1 Murid 1 Sukan dapat memberikan peluang secara menyeluruh kepada
semua murid melibatkan diri dalam sukan secara lebih terurus dan terancang serta
mengimbangkan fokus atau penekanan dalam melahirkan insan secara holistik.